
5 Mei 2025 bersamaan 7 Zulkaedah 1446H - Alhamdulillah, SWADD telah mengadakan satu Majlis bagi meraikan anak-anak kariah yang telah terpilih menjadi Dhuyufurrahman pada tahun ini.
Seramai 35 orang jemaah telah diraikan dan majlis disempurnakan sendiri oleh Dato' Mohd Muazzam Mohamed, Penaung SWADD.
Majlis dimulakan dengan Tazkirah Khas daripada Ustaz Hasnil Abu Bakar yang merupakan Mutawwif berpengalaman dalam menguruskan jemaah Haji & Umrah, seterusnya di ikuti dengan ucapan aluan daripada Ustaz Mohd Nazri Chik, Pengerusi SWADD.
Semoga mereka yang terpilih ini diberikan kekuatan, kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan seterusnya memperolehi Haji yang mabrur.